Kelab Jutawan

Friday 11 May 2012

SEJARAH JAMU SUSUK DARA

FORMULA JAMU SUSUK ini telah hidup dari zaman sebelom perang dunia ke-2 yg diwarisi turun temurun dukun bidan kampung delek, klang selangor ~ arwah Mbah Roliyah hj Ali yang telah meninggal dunia sebelum Malaya merdeka.Pembuat JAMU SUSUK DARA Ms. Hanni adalah cucu beliau.Bapa Ms. Hanni iaitu Hj Borhan bin Hj Ali, merupakan anak kepada Mbah Roliyah.Kepakaran arwah Mbah Roliyah adalah sakit puan, pengasihan dan pengaman rumahtangga.Sebelum ini pada tahun 1970an sehingga lewat 1980an kerja kedukunan ini telah diwarisi oleh anak beliau arwah Yusak hj Ali.Ketika peninggalan Hj Borhan bin Haji Ali pulang ke rahmatullah, Ms Hanni telah didatangi dengan peristiwa - peristiwa aneh. Sehingga satu peristiwa Ms Hanni mengalami keguguran dan dalam mimpi beliau didatangi 3 org penting iaitu arwah abang beliau arwah Suhari hj Borhan dengan senyuman, Arwah hj Borhan dengan memanggil Ms Hanni untuk meminum air yang sangat pahit dan suruh menggigit buah yang sangat keras serta arwah Mbah Roliyah sendiri menyelimutkan Ms Hanni didalam mimpi dengan daun - daunan.Sehabis bangun dari tidur dengan badan yang masih lemah - lemah Ms. Hanni berkongsi pengalaman mimpi dengan suami. Bermula dari saat itu Ms. Hanni mendekatkan diri dan mengenali herba - herba untuk kesihatan beliau sendiri dan dibimbing oleh ibunya Hajah Sanniyah Hj Yusof.Sehabis pantang dan badan kembali sihat, Ms Hanni didatangi rakan - rakan yang bermasalah rumahtangga dan dilema wanita. Sebagai rakan Ms Hanni berkongsi pengalaman dan rahsia. Sehingga hari ini secara tidak langsung Ms Hanni telah terjebak dengan pembuatan jamu di atas permintaan rakan - rakan sehingga kepada pengeluaran yang lebih banyak dan permintaan tidak terhad dan meluas di kalangan wanita umum tidak kira bangsa, agama dan keturunan.Dengan ini juga secara tidak langsung membuka peluang menambah pendapatan rakan - rakan wanita. Dan membuka ruang perniagaan kepada usahawan - usahawan wanita di luar sana.Sehingga ke hari ini kami sedang berusaha memenuhi permintaan pengguna yang memerlukan khidmat nasihat dan runding cara penggunaan produk. Malah pembuatan produk ditingkatkan  dengan lebih aktif dan memenuhi standard kelayakan permintaan kerajaan Malaysia ~ insyaallah.PRODUK SUSUK DARA ~ kat sini tak ada penggunaan kuasa sihir atau black2 magic. semuanya herba tulen semata2 dan tiada bahan pengawet.Rahsia warisan sejak tahun 1850an

No comments:

Post a Comment